INSTITUSI ISLAM

Di zaman ini juga terdapat banyak seni bina yang bercirikan islamik dibina terutamanya masjid.Seni bina Islam telah menampakkan kematangannya pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Masjid-masjid yang dibina bukan sekadar mempunyai menara, mihrab dan sebagainya, malah setiap satu identiti seni bina Islam itu mengalami perubahan besar.
CIRI-CIRI SENI BINA MASJID ZAMAN BANI UMAYYAH
Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah jugalah kubah diperkenalkan dan ia menjadi salah satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (65H – 86H). Sejarah turut menyatakan bahawa Khalifah al-Walid (705 – 715M) merupakan khalifah pertama memasukkan unsur menara dalam pembinaan masjid. Keindahan seni bina Islam kian meningkat lagi apabila ukiran dan khat yang dapat menimbulkan keimanan kepada Allah s.w.t. disertakan pada setiap kubah yang dibina di dalam masjid.
kubah dan menara masjid umawi
Hal yang demikian bukan sahaja terdapat pada masjid tetapi juga pada bangunan bangunan lain seperti istana-istana khalifah Bani Umaiyah. Namun, dalam seni ukiran dan seni bina Islam, tiada ukiran lukisan yang mempunyai bentuk seperti manusia, binatang dan sebagainya kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai akidah Islamiah.
MASJID ZAMAN BANI UMAYYAH
1. MASJID UMAWI
Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) . Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut.
Ia didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.
pemandangan masjid pada waktu malam
Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki kota Damsyik mesti melalui tujuh pintu utama yaitu Bab Syarqi, Bab Jabiyah, Bab Kisani, Bab Shaghir, Bab Touma, Bab Janiq, Bab Faradis.(kesannya masih ada sehingga sekarang). Kekuasaan Islam sampai ke kota Damsyik pada tahun 14 Hijriyah (653 M). Ketika itu panglima Islam Khalid bin Walid memasuki kota Damsyik dari Bab Syarqi dan Amru bin Ash memasuki dari Bab Touma. Sementara pasukan Islam di bawah komando Sharbabil melalui Bab Faradis, Abu Ubaudah dari Bab Al-Jabiyah dan Yazid bin Abi Sofyan pula dari Bab Shaghir.
.
antara 7 pintu utama
.Sejak Islam masuk ke Damaskus umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat ibadah tersebut menjadi dua bahagian, sebelah timur Masjid dan sebelah barat Gereja. Mereka beribadah secara bersama-sama dalam suatu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding pemisah. Umat Islam mengumandangkan azan, sedangkan Kristian membunyikan lonceng. Keadaan ini berlaku kurang lebih 70 tahun iaitu sehingga tahun 705 M. Sehinggalah Khalifah Al Walid bin Abdul Malik berfikir untuk membangunkan sebuah Masjid yang megah sesuai dengan keperluan kaum Muslim dan pemerintahan Islam waktu itu. Berdasarkan hasil musyawarah antara kedua belah pihak (Islam dan Kristian) maka sebagai gantinya Khalifah mengizinkan dibangunkan gereja-geraja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. Selepas itu sekitar 10 tahun berdirilah Masjid Umawi yang besar dan megah dengan ukuran panjang 150 m dan lebar 100 m. Di dalam masjid ini juga terdapat empat buah Mihrab (ruang imam) yang mana suatu ketika dahulu mereka bersembahyang mengikut mazhab masing-masing. Di bagian Timur Masjid ini juga terdapat makan Nabi Yahya AS yang diyakini hanya kepalanya saja yang dimakamkan di sana.
makam nabi Yahya a.s
2. MASJID CORDOVA
masjid-cathedral cordova
Pembinaan masjid cordova(Mezquita dalam bahasa spain) berjangka lebih dari dua abad, bermulanya pada 784 M di bawah penyeliaan Amir Muslim pertama Abd ar-Rahman I, yang menggunakannya sebagai sebuah tambahan ke istananya dan menamakannya sebagai penghormatan kepada isterinya. Tapak itu sebelum itu adalah sebuah katedral Visigoth St. Vincent. Apabila tentera Tariq ibn-Ziyad pertama kali menduduki Córdoba pada 711, mereka dan penganut Kristian berkongsi ruangan katedral, menurut sejarawan ar-Râzî, yang mendokumentasikan sejarah masjid. Tetapi dengan penubuhannya Umayyad dalam buangan negara sebagai emir-emir Córdoba, tolak-ansur itu tidak lagi cukup. Perbincangan di antara Emir dan biskop Córdoba, diberikan janji bayaran besar wang dan juga izin untuk membina semula salah satu gereja-gereja luar yang telah diruntuhkan semasa penaklukan, mendorong penganut Kristians bersetujukan melepaskan bahagian St. Vincent mereka, yang telah dirobohkan dan masjid baru, pada fasa pertamanya, dibina di atas asasnya (Wolf). Unik berbanding masjid-masjid lain, mihrabnya tidak mengarah terhadap Mekah. Beberapa penjelasan telah dicadangkan untuk menerangkan kedudukan masjid yang tidak mengikut peraturan agama. Sesetengah bercadang bahawa mihrab itu mengarah ke arah selatan kerana asas masjid menggunakan asas pembinaan Rom lama dan Visigoth. Yang lain pula menegaskan bahawa Abd ar-Rahman mengarahkan mihrab ke arah selatan seolah-olah baginda masih berada di ibu negara Umayyad dan tidak dibuang negara.
kubah masjid cordova(pandangan dalam)
pandangan jauh masjid cordova
dalaman masjid corodova yang kini bertukar menjadi gereja
Masjid ini melalui beberapa pertukaran: Abd ar-Rahman III memerintahkan pembinaan menara baru, sementara Al-Hakam II, pada 961, membesarkan rancangan bangunan dan mengindahkan mihrab. Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada 987.
mihrab masjid cordova
Masjid ini adalah yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut, dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan tempat laluan yang dinaikkan, membenarkan pemerintah Cordoba untuk mengunjungi masjid tanpa risiko pembunuhan. Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah.
Bandar tempat letak masjid ini telah ditakluki oleh beberapa serangan, dan setiap gelombang penaklukan menambahkan tanda mereka pada gaya seni bina. Bangunan tersebut dikenali dengan gerbang gergasinya, dengan lebih dari 1,000 tiang yang terbuat dari jasper, onyx, marmar dan granit. Ini dibuat dari kepingan-kepingan kuil Rom yang berada di situ sebelumnya, dan juga bangunan-bangunan Rom lain yang telah roboh. Gerbang "poly-lobed", digambarkan di atas, adalah pengenalan baru pada gaya seni bina, dan menolong menyokongkan berat besar siling yang lebih tinggi. Selain gerbang-gerbang berbentuk kasut kuda, Mezquita juga mempunyai cerukan dinding sembahyang yang kaya dengan celupan emas. Sebuah kubah pusat berbentuk sarang lebah mempunyai jubin biru dihias dengan bintang-bintang. Mihrabnya pula merupakan sebuah karya agung kesenian gaya seni bina, dengan corakan geometri dan aliran tumbuh-tumbuhan. Mezquita mencapai dimensi terbarunya pada 987 dengan penyelesaian ruang ibu di sebelah luar dan laman pokok oren.
Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk kembali dari orang Islam Moorish, oleh Raja Ferdinand III dari Castile dan menubuhkan kembali Christendom, masjid itu ditukar menjadi sebuah gereja Kristian. Ini adalah perkara yang biasa pada era itu. Hagia Sophia di Constantinople, misalnya, telah ditukarkan menjadi sebuah masjid pada hari tentera Uthmanniyah memasuki bandar itu. Parthenon pada Acropolis Athens telah dijadikan sebuah kuil Athena, gereja dan masjid. DI Semenanjung Iberia, adanya bangunan yang telah, mengikut pusingan, menjadi sinagog, masjid, gereja, dengan sesetengah pertukaran tangan berkali-kali. Alfonso X menyelia pembinaan Chapel Villaviciosa dan Chapel Diraja di dalam struktur masjid, tetapi kemudian merobohkan kembali tambahan ini. Raja-raja yang berikut membina tambahan lebih berciri-ciri Kristian kemudian: Enrique II membina kembali chapel pada abad ke-14.
Perubahan yang paling jelas adalah pembinaan nave katedral Pembaharuan di tengah-tengah struktur. Ia telah dibinakan dengan keizinan Carlos V, raja kesatuan Sepanyil; setelah baginda melihat apa yang telah dibinakan, baginda mengatakan, "Kamu telah membina apa yang kamu atau yang lain telah bina di tempat lain, tetapi kamu telah merosakkan sesuatu yang unik di dunia."
Walaubagaimanapun, penambahan nave katedral dipercayai telah mengukuhkan kestabilan struktur binaan , dan penukarannya ke sebuah gereja Kristian (pada rasminya Katedral Assumption Dara) telah membantu untuk mengekalkannya ketika Pasitan Sepanyol masih sangat aktif. Walaubagaimanapun, ia diakui bahawa penduduk tempatan, Kristian lama dan mualaf bersama, dengan gigih mempertahankan tugu itu setelah bandar itu dirampaskan semula oleh raja-raja Kristian.
Para ahli seni dan gaya seni bina telah bersambung untuk menambahkan pada struktur terkini sehingga lewat abad ke-18. Pada 1931, Dr. Allama Muhammad Iqbal adalah orang Islam pertama untuk bersolat di dalam Mezquita setelah penutupannya ke Islam. Biskop Juan Jose Asenjo, telah menolak keizinan orang Islam untuk bersolat di Mezquita.
3. Qubbat As-Sakhrah (Kubah batu) atau dome of the rock
qubhat as-sakhrah
Dalam tahun 630, beberapa tahun sebelum Qubbat As-Sakhrah dibina, Umar ibn al-Khattāb dibantu oleh Kaab al-Ahbar dan orang Islam yang lain memulihkan batu-batu asas tempat qubhat As-sakhrah dan menggali ia keluar daripada debu dan membersihkan kawasan yang telah ditinggalkan untuk beratus tahun sejak dimusnahkan oleh tentera Rom. Ibn Asakir menyatakan yang Saidina Umar Al-Khatab tidak pernah membina apa-apa rumah ibadat untuk orang Islam bersembahyang tetapi memilih untuk mendirikan sebuah masjid di kawasan selatan Al Haram Al Sharif. Saidina Umar berbuat demikian bagi menjelaskan bahawa kiblat terletak di bahagian selatan, ke arah Kaabah di Mekah dan bahawa orang Islam tidak pernah berbalah dalam menentukan arah kiblat. Disinilah terjadilah peristiwa isra'Mi'raj dan terletaknya batu isra'mi'raj Rasulullah S.A.W. Qubbat as-sakhrah terletak berdekatan dengan Masjid Al-aqsa.
Kedudukan qubah ash-shakhra yang berdekatan dengan masjid Al-aqsa
khalifah Abdul malik bin marwan
Kawasan batu asas kekal tidak terbongkar sehinggalah masa khalifah Abdul Malik bin Marwan khalifah kelima kerajaan bani umayyah
yang memulakan pembinaan kubah batu dalam tahun 685, menyiapkannya dalam tahun 691. khalifah Abdul Malik bin Marwan membina kubah ini untuk melindungi batu tersebut dan para pengunjungnya daripada panas terik dan musim sejuk. Sebahagian sejarawan juga mengatakan bahawa pembagunan kubah ini untuk menyaingi kemegahan bangunan-bangunan keagamaan lain yang terdapat pada masa itu seperti gereja holy sepulchre dan mencegah orang islam daripada terposana dengan binaan keagamaan lain. Khalifah Abdul Malik bin Marwan mengarahkan pembinaan Qubbat Al-Sakhrah sebagai simbol perpaduan agama Kristian, Yahudi, dan Islam.
dalaman kubah batu
rekaan kubah batu
pandangan dari jauh kubah batu
Comments
Post a Comment