INSTITUSI ISLAM
kerajaan bani umayyah merupakan sebuah kerajaan yang dibina selepas zaman khulafa ar-rasyidin. kerajaan yang telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu suffian ini telah banyak menyumbang dalam aspek ketenteraan,politik, seni bina dan pendidikan kepada tamadun Islam. Di zaman ini juga terdapat banyak seni bina yang bercirikan islamik dibina terutamanya masjid.Seni bina Islam telah menampakkan kematangannya pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Masjid-masjid yang dibina bukan sekadar mempunyai menara, mihrab dan sebagainya, malah setiap satu identiti seni bina Islam itu mengalami perubahan besar. CIRI-CIRI SENI BINA MASJID ZAMAN BANI UMAYYAH Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah jugalah kubah diperkenalkan dan ia menjadi salah satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (65H – 86H). Sejarah turut menyatakan bahawa Khalifah al-Walid (705 – 715M) merupakan khalifah pertama memasukkan unsur menara dalam pembinaan masjid. Ke...